Sekolah Kebangsaan Meru 2

Sekolah Kebangsaan Meru 2 telah siap dibina pada awal tahun 2003 namun hanya memulakan sesi persekolahan pada tahun 2004. Kedudukannya adalah kira-kira 10 minit perjalanan daripada Pekan Meru.

Sejarah tertubuhnya SK Meru 2 ini disebabkan oleh kepadatan penduduk Meru sehingga sekolah yang sedia ada (SK Sg. Binjai) tidak dapar menampung murid yang terlalu ramai. Keluasan kawasan sekolah ini merangkumi 2.3 hektar dan dikelilingi ladang kelapa sawit serta perkampungan Melayu.

Pada awal pembukaan sekolah ini, bilangan murid adalah seramai 525 orang murid yang kesemuanya terdiri daripada pelajar Melayu. Seramai 30 tenaga pengajar berkhidmat di sekolah ini di bawah pentadbiran Guru Besar, Tn. Hj. Shamsuddin bin Mohd Noor.

Pertengahan 2005, kelas Pendidikan Pemulihan Khas Integrasi telah diwujudkan. Seramai 4 orang guru telah menerajui 4 buah kelas.

Pada tahun 2008, kelas Prasekolah telah ditawarkan untuk murid-murid yang berumur 6 tahun. 2 kelas telah dibuka, dalam 1 kelas mempunyai 25 orang beserta seorang guru dan seorang pembantu.


WAWASAN

Berhasrat untuk mendidik dan melahirkan warga SK Meru (2) menjadi insan yang berilmu, berdisiplin, berjasa serta mengamalkan akhlak terpuji sepanjang hayat.

VISI

Sekolah Kebangsaan Meru 2, Sepuluh Terbaik Dalam Daerah Menjelang 2012.

MISI

Semua warga sekolah perlu berusaha ke arah:

- Memastikan kecemerlangan akademik

- Melahirkan pelajar berakhlak mulia

- Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh dari segi kurikulum dan kokurikulum

- Memastikan keadaan sekolah bersih, ceria dan selamat

- Mengeratkan hubungan warga sekolah dengan masyarakat

- Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif

- Mengamalkan budaya kerja ICCT (Ikhlas, Cepat, Cekap, Teliti)

Monday, February 13, 2012

Majlis Pelancaran NILAM

Bacaan puisi oleh salah seorang murid

Penyelaras NILAM SK Meru 2 memberikan penerangan
mengenai perjalanan program sepanjang tahun 2012

Gimik perasmian oleh Guru Besar

NILAM ialah singkatan bagi Nadi Ilmu Amalan Membaca. Ia adalah satu program yang dirangka khas bagi sekolah-sekolah yang menjalankan program bacaan di kalangan pelajar-pelajar.

Pelbagai program dan aktiviti membaca telah dan sedang dijalankan di sekolah-sekolah sehingga kini, maka dicadangkan agar dilaksanakan satu program yang menggabungkan kesemua aktiviti membaca tersebut. NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sila pastikan komen anda tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Terima kasih di atas komen yang diberikan.