Sekolah Kebangsaan Meru 2

Sekolah Kebangsaan Meru 2 telah siap dibina pada awal tahun 2003 namun hanya memulakan sesi persekolahan pada tahun 2004. Kedudukannya adalah kira-kira 10 minit perjalanan daripada Pekan Meru.

Sejarah tertubuhnya SK Meru 2 ini disebabkan oleh kepadatan penduduk Meru sehingga sekolah yang sedia ada (SK Sg. Binjai) tidak dapar menampung murid yang terlalu ramai. Keluasan kawasan sekolah ini merangkumi 2.3 hektar dan dikelilingi ladang kelapa sawit serta perkampungan Melayu.

Pada awal pembukaan sekolah ini, bilangan murid adalah seramai 525 orang murid yang kesemuanya terdiri daripada pelajar Melayu. Seramai 30 tenaga pengajar berkhidmat di sekolah ini di bawah pentadbiran Guru Besar, Tn. Hj. Shamsuddin bin Mohd Noor.

Pertengahan 2005, kelas Pendidikan Pemulihan Khas Integrasi telah diwujudkan. Seramai 4 orang guru telah menerajui 4 buah kelas.

Pada tahun 2008, kelas Prasekolah telah ditawarkan untuk murid-murid yang berumur 6 tahun. 2 kelas telah dibuka, dalam 1 kelas mempunyai 25 orang beserta seorang guru dan seorang pembantu.


WAWASAN

Berhasrat untuk mendidik dan melahirkan warga SK Meru (2) menjadi insan yang berilmu, berdisiplin, berjasa serta mengamalkan akhlak terpuji sepanjang hayat.

VISI

Sekolah Kebangsaan Meru 2, Sepuluh Terbaik Dalam Daerah Menjelang 2012.

MISI

Semua warga sekolah perlu berusaha ke arah:

- Memastikan kecemerlangan akademik

- Melahirkan pelajar berakhlak mulia

- Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh dari segi kurikulum dan kokurikulum

- Memastikan keadaan sekolah bersih, ceria dan selamat

- Mengeratkan hubungan warga sekolah dengan masyarakat

- Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif

- Mengamalkan budaya kerja ICCT (Ikhlas, Cepat, Cekap, Teliti)

Wednesday, September 26, 2012

Monday, September 24, 2012

Ceramah Kebersihan Awal Remaja






Pada 24 September 2012, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Ceramah Kebersihan Awal Remaja khusus untuk murid-murid tahun 6 sebagai salah satu aktiviti selepas UPSR. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Puan Azni selaku Unit Promosi dari KAO Malaysia. Pada majlis tersebut, Puan Azni telah menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan penjagaan kebersihan alat sulit wanita dalam menghadapi perubahan zaman remaja. Sesi ceramah juga diselitkan dengan soal jawab kuiz berdasarkan maklumat yang telah disampaikan. Pada akhir sesi, setiap murid telah diberikan sampel tuala wanita Laurier secara percuma.

Saturday, September 15, 2012

Saturday, September 8, 2012