Sekolah Kebangsaan Meru 2

Sekolah Kebangsaan Meru 2 telah siap dibina pada awal tahun 2003 namun hanya memulakan sesi persekolahan pada tahun 2004. Kedudukannya adalah kira-kira 10 minit perjalanan daripada Pekan Meru.

Sejarah tertubuhnya SK Meru 2 ini disebabkan oleh kepadatan penduduk Meru sehingga sekolah yang sedia ada (SK Sg. Binjai) tidak dapar menampung murid yang terlalu ramai. Keluasan kawasan sekolah ini merangkumi 2.3 hektar dan dikelilingi ladang kelapa sawit serta perkampungan Melayu.

Pada awal pembukaan sekolah ini, bilangan murid adalah seramai 525 orang murid yang kesemuanya terdiri daripada pelajar Melayu. Seramai 30 tenaga pengajar berkhidmat di sekolah ini di bawah pentadbiran Guru Besar, Tn. Hj. Shamsuddin bin Mohd Noor.

Pertengahan 2005, kelas Pendidikan Pemulihan Khas Integrasi telah diwujudkan. Seramai 4 orang guru telah menerajui 4 buah kelas.

Pada tahun 2008, kelas Prasekolah telah ditawarkan untuk murid-murid yang berumur 6 tahun. 2 kelas telah dibuka, dalam 1 kelas mempunyai 25 orang beserta seorang guru dan seorang pembantu.


WAWASAN

Berhasrat untuk mendidik dan melahirkan warga SK Meru (2) menjadi insan yang berilmu, berdisiplin, berjasa serta mengamalkan akhlak terpuji sepanjang hayat.

VISI

Sekolah Kebangsaan Meru 2, Sepuluh Terbaik Dalam Daerah Menjelang 2012.

MISI

Semua warga sekolah perlu berusaha ke arah:

- Memastikan kecemerlangan akademik

- Melahirkan pelajar berakhlak mulia

- Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh dari segi kurikulum dan kokurikulum

- Memastikan keadaan sekolah bersih, ceria dan selamat

- Mengeratkan hubungan warga sekolah dengan masyarakat

- Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif

- Mengamalkan budaya kerja ICCT (Ikhlas, Cepat, Cekap, Teliti)

Wednesday, January 4, 2012

Takwim Sekolah 2012

Download di SINI

3 comments:

  1. Assalamulaikum Admin ada saudara maya semua, saya ingin tahu adakah sekolah ini satu sesi atau 2 sesi persekolahan? minta penjelasan kerana bercadang untuk hantar anak di sekolah ini.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam saudara Al Haziq.buat masa sekarang sesi persekolahan adalah 1 sesi.harap maklum.

    ReplyDelete
  3. salam,
    bole update takwin sekolah utk tahun 2014?
    thanks.

    ReplyDelete

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sila pastikan komen anda tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Terima kasih di atas komen yang diberikan.