Sekolah Kebangsaan Meru 2

Sekolah Kebangsaan Meru 2 telah siap dibina pada awal tahun 2003 namun hanya memulakan sesi persekolahan pada tahun 2004. Kedudukannya adalah kira-kira 10 minit perjalanan daripada Pekan Meru.

Sejarah tertubuhnya SK Meru 2 ini disebabkan oleh kepadatan penduduk Meru sehingga sekolah yang sedia ada (SK Sg. Binjai) tidak dapar menampung murid yang terlalu ramai. Keluasan kawasan sekolah ini merangkumi 2.3 hektar dan dikelilingi ladang kelapa sawit serta perkampungan Melayu.

Pada awal pembukaan sekolah ini, bilangan murid adalah seramai 525 orang murid yang kesemuanya terdiri daripada pelajar Melayu. Seramai 30 tenaga pengajar berkhidmat di sekolah ini di bawah pentadbiran Guru Besar, Tn. Hj. Shamsuddin bin Mohd Noor.

Pertengahan 2005, kelas Pendidikan Pemulihan Khas Integrasi telah diwujudkan. Seramai 4 orang guru telah menerajui 4 buah kelas.

Pada tahun 2008, kelas Prasekolah telah ditawarkan untuk murid-murid yang berumur 6 tahun. 2 kelas telah dibuka, dalam 1 kelas mempunyai 25 orang beserta seorang guru dan seorang pembantu.


WAWASAN

Berhasrat untuk mendidik dan melahirkan warga SK Meru (2) menjadi insan yang berilmu, berdisiplin, berjasa serta mengamalkan akhlak terpuji sepanjang hayat.

VISI

Sekolah Kebangsaan Meru 2, Sepuluh Terbaik Dalam Daerah Menjelang 2012.

MISI

Semua warga sekolah perlu berusaha ke arah:

- Memastikan kecemerlangan akademik

- Melahirkan pelajar berakhlak mulia

- Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh dari segi kurikulum dan kokurikulum

- Memastikan keadaan sekolah bersih, ceria dan selamat

- Mengeratkan hubungan warga sekolah dengan masyarakat

- Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif

- Mengamalkan budaya kerja ICCT (Ikhlas, Cepat, Cekap, Teliti)

Saturday, October 15, 2011

Kejohanan Sukan Tahunan SK Meru 2 Tahun 2011

Perarakan masuk kontinjen rumah sukan

Semangat kesukanan yang makin dirasai

Kontinjen rumah sukan dalam keadaan bersedia

Persembahan senamrobik oleh murid-murid Tahun 6

Tangga markah setiap pasukan

Majlis diserikan dengan kehadiran mantan Guru Besar, Puan Jamaliah Kasim

Pengacara majlis yang ceria walaupun panas terik

Acara akhir tarik tali

Thursday, October 13, 2011

Majlis Anugerah HEM & Kokurikulum Daerah Klang 2011

Penolong Kanan HEM menerima anugerah

Puan Nita bersama sijil dan piala yang dimenangi

Penolong Kanan HEM dengan trofi kejuaraan keseluruhan

Johan Keseluruhan Anugerah HEM Sekolah Rendah

Pada 13 Oktober 2011 telah berlangsungnya Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid (HEM) Daerah Klang. SK Meru 2 telah berjaya menggondol anugerah keseluruhan dan membawa pulang piala pusingan serta wang tunai berjumlah RM1000.

Kemenangan yang diperolehi oleh SK Meru 2 adalah seperti berikut:

1. Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan HEM Sekolah Rendah
2. Johan Lorong / Sudut PPDa
3. Johan Fail Pengurusan PPDa
4. Bilik BOSS 2 Bay Terbaik
5. 3K Tempat Kedua

Diharapkan kemenangan ini dapat memberi semangat kepada warga SK Meru 2 untuk terus berusaha dalam apa sahaja yang dilakukan demo untuk mencapai kejayaan.InsyaAllah.