Sekolah Kebangsaan Meru 2

Sekolah Kebangsaan Meru 2 telah siap dibina pada awal tahun 2003 namun hanya memulakan sesi persekolahan pada tahun 2004. Kedudukannya adalah kira-kira 10 minit perjalanan daripada Pekan Meru.

Sejarah tertubuhnya SK Meru 2 ini disebabkan oleh kepadatan penduduk Meru sehingga sekolah yang sedia ada (SK Sg. Binjai) tidak dapar menampung murid yang terlalu ramai. Keluasan kawasan sekolah ini merangkumi 2.3 hektar dan dikelilingi ladang kelapa sawit serta perkampungan Melayu.

Pada awal pembukaan sekolah ini, bilangan murid adalah seramai 525 orang murid yang kesemuanya terdiri daripada pelajar Melayu. Seramai 30 tenaga pengajar berkhidmat di sekolah ini di bawah pentadbiran Guru Besar, Tn. Hj. Shamsuddin bin Mohd Noor.

Pertengahan 2005, kelas Pendidikan Pemulihan Khas Integrasi telah diwujudkan. Seramai 4 orang guru telah menerajui 4 buah kelas.

Pada tahun 2008, kelas Prasekolah telah ditawarkan untuk murid-murid yang berumur 6 tahun. 2 kelas telah dibuka, dalam 1 kelas mempunyai 25 orang beserta seorang guru dan seorang pembantu.


WAWASAN

Berhasrat untuk mendidik dan melahirkan warga SK Meru (2) menjadi insan yang berilmu, berdisiplin, berjasa serta mengamalkan akhlak terpuji sepanjang hayat.

VISI

Sekolah Kebangsaan Meru 2, Sepuluh Terbaik Dalam Daerah Menjelang 2012.

MISI

Semua warga sekolah perlu berusaha ke arah:

- Memastikan kecemerlangan akademik

- Melahirkan pelajar berakhlak mulia

- Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh dari segi kurikulum dan kokurikulum

- Memastikan keadaan sekolah bersih, ceria dan selamat

- Mengeratkan hubungan warga sekolah dengan masyarakat

- Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif

- Mengamalkan budaya kerja ICCT (Ikhlas, Cepat, Cekap, Teliti)

Tuesday, June 22, 2010

Air Alkali Berion



Kebaikan Air Ion Beralkali

Ketidakseimbangan pH badan ke arah keasidan dalam jangkamasa panjang akan mengakibatkan seseorang mengalami penyakit kronik seperti kencing manis (diabetic) tekanan darah tinggi (hypertension), kolesterol tinggi, kanser, gaut, sakit buah pinggang. Oleh itu keadaan yang berlawanan perlu dilakukan untuk mengimbangi tahap keasidan. Air Alkali Berion mampu menjalankan tugas tersebut kerana ia terdiri daripada kelompok molekul air yang kecil dan bersifat alkali, berupaya menguraikan sisa-sisa asid yang terkumpul dan memudahkan proses pembuangan melalui sistem pencernaan, perpeluhan dan penafasan.

Selain daripada itu, manfaat dan kebaikan yang diperolehi daripada amalan meminum air alkali berion adalah ia dapat membantu dalam meningkatkan imunisasi badan dan melenyapkan lebihan radikal bebas melalui sifat anti-oksidant yang dimiliki, serta mampu meningkatkan keperluan kalsium dalam badan kita.
Klik Air Alkali Berion untuk maklumat lebih lanjut mengenai keistimewaan produk keluaran SK Meru 2 ini. Sila hubungi pejabat SK Meru 2 di talian 03-33931598.
Info lain yang bermaklumat:

Friday, June 4, 2010

Guru Bertukar

Pada 4 Jun 2010 telah berlangsungnya Majlis Perpisahan sempena pertukaran 3 orang guru dari SK Meru 2. Mereka akan berpindah ke tempat pilihan masing-masing dan pada masa yang sama kembali berdekatan bersama keluarga tersayang. 3 orang guru yang dimaksudkan ialah Cikgu Mohd Iqbal yang akan berpindah ke Putrajaya, Cikgu Khairolnizam yang akan kembali ke negerinya iaitu Perak dan guru yang paling jauh iaitu Cikgu Rahman yang akan pulang ke negeri asalnya Sabah Negeri di Bawah Bayu. Kami warga SK Meru 2 berharap mereka akan lebih bersemangat mendidik anak bangsa dalam menghadapi dunia globalisasi ini. Terima kasih diucapkan di atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang mereka bertugas di sini. Walaupun jauh di mata, diharapkan SK Meru 2 masih dekat di hati mereka.