Sekolah Kebangsaan Meru 2

Sekolah Kebangsaan Meru 2 telah siap dibina pada awal tahun 2003 namun hanya memulakan sesi persekolahan pada tahun 2004. Kedudukannya adalah kira-kira 10 minit perjalanan daripada Pekan Meru.

Sejarah tertubuhnya SK Meru 2 ini disebabkan oleh kepadatan penduduk Meru sehingga sekolah yang sedia ada (SK Sg. Binjai) tidak dapar menampung murid yang terlalu ramai. Keluasan kawasan sekolah ini merangkumi 2.3 hektar dan dikelilingi ladang kelapa sawit serta perkampungan Melayu.

Pada awal pembukaan sekolah ini, bilangan murid adalah seramai 525 orang murid yang kesemuanya terdiri daripada pelajar Melayu. Seramai 30 tenaga pengajar berkhidmat di sekolah ini di bawah pentadbiran Guru Besar, Tn. Hj. Shamsuddin bin Mohd Noor.

Pertengahan 2005, kelas Pendidikan Pemulihan Khas Integrasi telah diwujudkan. Seramai 4 orang guru telah menerajui 4 buah kelas.

Pada tahun 2008, kelas Prasekolah telah ditawarkan untuk murid-murid yang berumur 6 tahun. 2 kelas telah dibuka, dalam 1 kelas mempunyai 25 orang beserta seorang guru dan seorang pembantu.


WAWASAN

Berhasrat untuk mendidik dan melahirkan warga SK Meru (2) menjadi insan yang berilmu, berdisiplin, berjasa serta mengamalkan akhlak terpuji sepanjang hayat.

VISI

Sekolah Kebangsaan Meru 2, Sepuluh Terbaik Dalam Daerah Menjelang 2012.

MISI

Semua warga sekolah perlu berusaha ke arah:

- Memastikan kecemerlangan akademik

- Melahirkan pelajar berakhlak mulia

- Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh dari segi kurikulum dan kokurikulum

- Memastikan keadaan sekolah bersih, ceria dan selamat

- Mengeratkan hubungan warga sekolah dengan masyarakat

- Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif

- Mengamalkan budaya kerja ICCT (Ikhlas, Cepat, Cekap, Teliti)

Wednesday, November 16, 2011

Kem RIMUP 2011

Peserta mendengar taklimat pertama daripada
Kem Komandan iaitu Encik Yunus dari SMK Meru

Permainan mengikut kaum

Stesen permainan mengikut budaya

Malam Kebudayaan

Majlis Perasmian Penutup oleh
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Klang

SK Meru 2

Saturday, October 15, 2011

Kejohanan Sukan Tahunan SK Meru 2 Tahun 2011

Perarakan masuk kontinjen rumah sukan

Semangat kesukanan yang makin dirasai

Kontinjen rumah sukan dalam keadaan bersedia

Persembahan senamrobik oleh murid-murid Tahun 6

Tangga markah setiap pasukan

Majlis diserikan dengan kehadiran mantan Guru Besar, Puan Jamaliah Kasim

Pengacara majlis yang ceria walaupun panas terik

Acara akhir tarik tali

Thursday, October 13, 2011

Majlis Anugerah HEM & Kokurikulum Daerah Klang 2011

Penolong Kanan HEM menerima anugerah

Puan Nita bersama sijil dan piala yang dimenangi

Penolong Kanan HEM dengan trofi kejuaraan keseluruhan

Johan Keseluruhan Anugerah HEM Sekolah Rendah

Pada 13 Oktober 2011 telah berlangsungnya Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid (HEM) Daerah Klang. SK Meru 2 telah berjaya menggondol anugerah keseluruhan dan membawa pulang piala pusingan serta wang tunai berjumlah RM1000.

Kemenangan yang diperolehi oleh SK Meru 2 adalah seperti berikut:

1. Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan HEM Sekolah Rendah
2. Johan Lorong / Sudut PPDa
3. Johan Fail Pengurusan PPDa
4. Bilik BOSS 2 Bay Terbaik
5. 3K Tempat Kedua

Diharapkan kemenangan ini dapat memberi semangat kepada warga SK Meru 2 untuk terus berusaha dalam apa sahaja yang dilakukan demo untuk mencapai kejayaan.InsyaAllah.

Thursday, August 25, 2011

Majlis Persaraan Guru Besar SK Meru 2


Ketibaan Puan Jamaliah disambut dengan jambangan bunga

Punch card terakhir

Persembahan tarian oleh penari SK Meru 2 iaitu Johan Tarian Daerah Klang

Persembahan boria

Ucapan terakhir Puan Jamaliah

Cenderamata dari wakil sekolah berdekatan

Puan Jamaliah diiringi oleh Puan Basiah naik ke pentas

Perasmian Galeri Kecemerlangan


Lambaian terakhir di sekolah

Friday, July 1, 2011

Kebanggaan SK Meru 2

Pasukan tarian sekolah berjaya menjadi juara tarian Daerah Klang

Murid PPKI menyapu bersih kesemua piala di MTQ Daerah Klang

Murid-murid cemerlang PKSR II

Monday, April 11, 2011

Pelancaran Bulan Disiplin




Pada 11 April 2011 telah diadakan Pelancaran Bulan Disiplin Sekolah bagi tahun 2011. Ini adalah aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Unit Disiplin dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling serta Unit Keselamatan. Pelbagai program telah diatur sepanjang bulan ini, di antaranya ialah Ceramah Keselamatan Jalan Raya dan Demonstrasi Keselamatan Naik Turun Kenderaan, di mana ia adalah elemen di dalam Program Sekolah Selamat. Selain daripada itu, demonstrasi kebakaran juga akan diadakan sebagai salah satu aktiviti untuk melatih warga sekolah dalam menghadapi kemungkinan bencana kebakaran. Unit Disiplin juga akan mengadakan pemeriksaan terhadap pemakaian dan disiplin murid-murid. Diharapkan segala program yang telah dirancang akan berjaya dilaksanakan.

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Klang



Pada 6 hingga 7 April 2011 telah diadakan Majlis Tilawah Al Quran peringkat Daerah Klang. Penyertaan SK Meru bagi Kategori Hafazan telah membawa kemenangan kepada Adik Mohd Zafriezal (Tahun 5 Cemerlang) dan Adik Siti Hawa (Tahun 5 Gemilang). Mereka akan mewakili Daerah Klang ke peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan tidak lama lagi. Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka dan juga kepada Ustazah Siti Zalehar yang telah melatih mereka tanpa mengenal erti penat lelah. Diharapkan penyertaan mereka ke peringkat negeri nanti akan membawa kejayaan yang lebih cemerlang dan seterusnya mengharumkan lagi nama SK Meru 2. InsyaAllah.

Sunday, April 10, 2011

Logo Sekolah


Maksud Lambang

Buku
Membawa maksud bahawa sekolah adalah gedung ilmu pengetahuan pelbagai bidang yang disampaikan melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Lingkaran Berangkai
Kegiatan kokurikulum sebagai pelengkap pendidikan bersepadu dan berterusan.

Bulatan Bergerigi
Sains dan teknologi sebagai asas melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran di era globalisasi.

Komputer dan Lingkaran Telekomunikasi
Bermaksuh memupuk dan melahirkan pelajar celik IT.


Maksud Warna

Merah
Melambangkan keberanian, kegigihan dan rajin berusaha.

Biru
Melambangkan perpaduan dan keharmonian di kalangan warga sekolah.

Kuning
Warna di Raja dan warna rasmi bagi negeri Selangor Darul Ehsan.

Putih
Melambangkan kesucian, keikhlasan, kejujuran dan ketinggian akhlak serta budi pekerti.

Friday, April 1, 2011

Majlis Penutup Minggu PPDa 2011

Majlis penutup Minggu PPDa diacarakan oleh Puan Zuraini Zakaria

Hadiah untuk para pemenang

Pasukan Doktor Muda menyampaikan koir 'Kami Benci Dadah'

Majlis perasmian penutupan program oleh Puan Nita Sedek selaku PKHEM SK Meru 2

Pemenang Pertandingan Melukis Poster Tahap 2

Monday, March 28, 2011

Majlis Pelancaran Minggu PPDa

Bacaan Ikrar PPDa

Guru Besar membacakan sajak PPDa

Simbolik perasmian Minggu PPDa

5 Minit PPDa dimulakan dengan bacaan pantun PPDa oleh Puan Zuraini

Murid-murid tekun mendengar taklimat oleh Guru Bimbingan & Kaunseling mengenai perjalanan program