Sekolah Kebangsaan Meru 2

Sekolah Kebangsaan Meru 2 telah siap dibina pada awal tahun 2003 namun hanya memulakan sesi persekolahan pada tahun 2004. Kedudukannya adalah kira-kira 10 minit perjalanan daripada Pekan Meru.

Sejarah tertubuhnya SK Meru 2 ini disebabkan oleh kepadatan penduduk Meru sehingga sekolah yang sedia ada (SK Sg. Binjai) tidak dapar menampung murid yang terlalu ramai. Keluasan kawasan sekolah ini merangkumi 2.3 hektar dan dikelilingi ladang kelapa sawit serta perkampungan Melayu.

Pada awal pembukaan sekolah ini, bilangan murid adalah seramai 525 orang murid yang kesemuanya terdiri daripada pelajar Melayu. Seramai 30 tenaga pengajar berkhidmat di sekolah ini di bawah pentadbiran Guru Besar, Tn. Hj. Shamsuddin bin Mohd Noor.

Pertengahan 2005, kelas Pendidikan Pemulihan Khas Integrasi telah diwujudkan. Seramai 4 orang guru telah menerajui 4 buah kelas.

Pada tahun 2008, kelas Prasekolah telah ditawarkan untuk murid-murid yang berumur 6 tahun. 2 kelas telah dibuka, dalam 1 kelas mempunyai 25 orang beserta seorang guru dan seorang pembantu.


WAWASAN

Berhasrat untuk mendidik dan melahirkan warga SK Meru (2) menjadi insan yang berilmu, berdisiplin, berjasa serta mengamalkan akhlak terpuji sepanjang hayat.

VISI

Sekolah Kebangsaan Meru 2, Sepuluh Terbaik Dalam Daerah Menjelang 2012.

MISI

Semua warga sekolah perlu berusaha ke arah:

- Memastikan kecemerlangan akademik

- Melahirkan pelajar berakhlak mulia

- Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh dari segi kurikulum dan kokurikulum

- Memastikan keadaan sekolah bersih, ceria dan selamat

- Mengeratkan hubungan warga sekolah dengan masyarakat

- Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif

- Mengamalkan budaya kerja ICCT (Ikhlas, Cepat, Cekap, Teliti)

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

SK Meru 2 mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga SK Meru 2. Diharapkan Ramadhan kali ini membawa seribu kerahmatan daripada-Nya.

Monday, August 9, 2010

Selamat Berjaya

Pihak SK Meru 2 ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua calon UPSR 2010 yang akan menduduki peperiksaan percubaan UPSR 2010 yang akan bermula pada 10 hingga 13 Ogos 2010. Semoga lebih ramai calon yang akan memperolehi 5A dalam peperiksaan ini dan akan merealisasikannya dalam peperiksaan UPSR sebenar nanti. Selamat berjaya!

Thursday, August 5, 2010

Lawatan JPN Selangor ke Sudut PPDa





Pada 5 Ogos 2010, Sudut PPDa SK Meru telah menerima kunjungan Penolong Pengarah Kanan Pendidikan Pencegahan Dadah dari JPN Selangor iaitu En Mohd Noh Murli dan En Mohd Idrus Arifin. Kunjungan tersebut juga telah disertai oleh Puan Azizah Abdul Aziz iaitu Pengelola Cemerlang, Pendidikan Pencegahan Dadah dari JPS juga. Mereka telah berada di sudut ini selama hampir 1 jam dan kami mengambil peluang ini untuk bertanyakan pelbagai maklumat yang diperlukan untuk penambahbaikan sudut ini. Kunjungan ini adalah kesinambungan daripada kunjungan Encik Noor Azhar Mohammed iaitu Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah, Daerah Klang pada 23 Julai 2010 bersempena Program INTIM.



Tuesday, August 3, 2010