Sekolah Kebangsaan Meru 2

Sekolah Kebangsaan Meru 2 telah siap dibina pada awal tahun 2003 namun hanya memulakan sesi persekolahan pada tahun 2004. Kedudukannya adalah kira-kira 10 minit perjalanan daripada Pekan Meru.

Sejarah tertubuhnya SK Meru 2 ini disebabkan oleh kepadatan penduduk Meru sehingga sekolah yang sedia ada (SK Sg. Binjai) tidak dapar menampung murid yang terlalu ramai. Keluasan kawasan sekolah ini merangkumi 2.3 hektar dan dikelilingi ladang kelapa sawit serta perkampungan Melayu.

Pada awal pembukaan sekolah ini, bilangan murid adalah seramai 525 orang murid yang kesemuanya terdiri daripada pelajar Melayu. Seramai 30 tenaga pengajar berkhidmat di sekolah ini di bawah pentadbiran Guru Besar, Tn. Hj. Shamsuddin bin Mohd Noor.

Pertengahan 2005, kelas Pendidikan Pemulihan Khas Integrasi telah diwujudkan. Seramai 4 orang guru telah menerajui 4 buah kelas.

Pada tahun 2008, kelas Prasekolah telah ditawarkan untuk murid-murid yang berumur 6 tahun. 2 kelas telah dibuka, dalam 1 kelas mempunyai 25 orang beserta seorang guru dan seorang pembantu.


WAWASAN

Berhasrat untuk mendidik dan melahirkan warga SK Meru (2) menjadi insan yang berilmu, berdisiplin, berjasa serta mengamalkan akhlak terpuji sepanjang hayat.

VISI

Sekolah Kebangsaan Meru 2, Sepuluh Terbaik Dalam Daerah Menjelang 2012.

MISI

Semua warga sekolah perlu berusaha ke arah:

- Memastikan kecemerlangan akademik

- Melahirkan pelajar berakhlak mulia

- Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh dari segi kurikulum dan kokurikulum

- Memastikan keadaan sekolah bersih, ceria dan selamat

- Mengeratkan hubungan warga sekolah dengan masyarakat

- Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif

- Mengamalkan budaya kerja ICCT (Ikhlas, Cepat, Cekap, Teliti)

Thursday, February 23, 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1433H

Perarakan yang diketuai oleh Cikgu Shaiful Nizam

Selingan kisah Rasulullah yang disampaikan oleh Ustaz Hazlan

Alunan selawat yang diketuai oleh Ustaz Hazlan 
Guru-guru yang komited menjayakan majlis sambutan

Ceramah yang disampaikan oleh penceramah  jemputan
Persembahan nasyid oleh murid tahun 6
Objektif sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah:
  • Melahirkan rasa kecintaan dan kasih sayang kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW
  • Melatih murid memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW
  • Menggalakkan warga sekolah menghayati dan membudayakan sunnah Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan.
  • Merapatkan ukhuwah dan hubungan silaturrahim warga SK Meru 2 ke arah melahirkan insan cemerlang dan berkualiti.

Pertandingan Bercerita Zon A Daerah Klang


Monday, February 13, 2012

Majlis Pelancaran NILAM

Bacaan puisi oleh salah seorang murid

Penyelaras NILAM SK Meru 2 memberikan penerangan
mengenai perjalanan program sepanjang tahun 2012

Gimik perasmian oleh Guru Besar

NILAM ialah singkatan bagi Nadi Ilmu Amalan Membaca. Ia adalah satu program yang dirangka khas bagi sekolah-sekolah yang menjalankan program bacaan di kalangan pelajar-pelajar.

Pelbagai program dan aktiviti membaca telah dan sedang dijalankan di sekolah-sekolah sehingga kini, maka dicadangkan agar dilaksanakan satu program yang menggabungkan kesemua aktiviti membaca tersebut. NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.

Saturday, February 11, 2012

Bicara Akademik



Penerangan oleh Penolong Kanan Pentadbiran
 mengenai pencapaian UPSR 2011

Kehadiran ibu bapa yang menggalakkan

Kaunter pendaftaran ibu bapa

Barisan guru-guru yang mengajar Tahun 6
Program "Bicara Akademik" merupakan program tahunan dalam kalendar Jawatankuasa Kurikulum, khususnya dalam mempertingkatkan pencapaian UPSR. Program ini merupakan kali ke-8 sejak tahun 2005 lagi. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada ibu bapa mengenai format peperiksaan UPSR serta status pencapaian dari setahun ke setahun. Selain itu, memberi ruang kepada ibu bapa untuk mewujudkan hubungan dua hala dan bersoal jawab apa sahaja permasalahan yang timbul. Ibu bapa juga berperanan untuk memberi kesedaran kepada dan tanggungjawab serta pemantauan akademik anak-anak.

Aktiviti-aktiviti Program Kecemerlangan UPSR 2012
  • Motivasi untuk ibu bapa "Bicara Akademik"
  • Ceramah Pengurusan Masa
  • Teknik Menjawab Soalan
  • Kelas Tambahan Bestari
  • Gerak-gempur / Latih-tubi soalan peperiksaan
  • Program Anak Angkat (PATS)
  • Kelas Tuisyen Malam
  • Program Anjakan 5A (Score A)
  • Majlis Muhasabah Diri / Serah Ilmu
  • Bacaan Yasin & Solat Hajat