Alhamdullilah, dan terima kasih diucapkan kerana diberi kesempatan untuk mencoretkan bait bicara buat tatapan warga SK Meru 2.
Walaupun saya diumpamakan baru ‘setahun jagung’ sebagai Guru Besar di sekolah ini namun pada hakikatnya jiwa saya sudah sebati dengan SKM2. Maka pengurusan yang terbaik akan cuba saya usahakan InsyaAllah.
Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita mewujudkan laman web sekolah sendiri yang telah lama kita rancang. Semoga keredhaan Allah dalam pelaksanaan aktiviti ini akan membuahkan hasil yang sangat baik untuk anak didik SK Meru 2 ini.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada AJK Pelaksana laman blog sekolah yang bertungkus lumus bagi menjayakan projek ini. Usaha-usaha bagi pelaksanan sesuatu projek memerlukan pengorbanan daripada semua pihak dan ternyata pengorbanan ini membuahkan hasil yang memberangsangkan terutama terhadap pembangunan akademik, ko-kurikulum seterusnya disiplin pelajar.
Sebenarnya kecemerlangan sesebuah sekolah amat bergantung kepada komitmen dan pengorbanan yang diberikan oleh setiap warga sekolah. Lantaran itu marilah sama-sama kita berganding bahu merealisasikan pendidikan yang berhemah dan berkualiti.
Tidak dapat dinafikan generasi kini terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti cabaran masa depan, cabaran globalisasi dan cabaran leberalisasi. Berlandaskan ruang lingkup inilah pengurusan pendidikan dan kepimpinan pendidikan di sekolah ini perlu mengamalkan profesionalisme yang tinggi agar lahirlah bakal pemimpin yang berketrampilan dan berwibawa.. Ini selari dengan Program Pelan Induk Pendidikan yang bermatlamatkan melahirkan Modal Insan Kelas Pertama.
Sekali lagi syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembinaan web ini. Sesungguhnya Tuhan akan memberkati.
Akhir kata, semoga laman web yang dibangunkan ini memberi impak yang positif kepada semua.
SELAMAT MAJU JAYA.
EN. HAMIR BIN HAMZAH
Guru Besar
SK Meru 2, Jalan Paip,
41050 Meru Klang,
Selangor Darul Ehsan.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sila pastikan komen anda tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Terima kasih di atas komen yang diberikan.