Sekolah Kebangsaan Meru 2

Sekolah Kebangsaan Meru 2 telah siap dibina pada awal tahun 2003 namun hanya memulakan sesi persekolahan pada tahun 2004. Kedudukannya adalah kira-kira 10 minit perjalanan daripada Pekan Meru.

Sejarah tertubuhnya SK Meru 2 ini disebabkan oleh kepadatan penduduk Meru sehingga sekolah yang sedia ada (SK Sg. Binjai) tidak dapar menampung murid yang terlalu ramai. Keluasan kawasan sekolah ini merangkumi 2.3 hektar dan dikelilingi ladang kelapa sawit serta perkampungan Melayu.

Pada awal pembukaan sekolah ini, bilangan murid adalah seramai 525 orang murid yang kesemuanya terdiri daripada pelajar Melayu. Seramai 30 tenaga pengajar berkhidmat di sekolah ini di bawah pentadbiran Guru Besar, Tn. Hj. Shamsuddin bin Mohd Noor.

Pertengahan 2005, kelas Pendidikan Pemulihan Khas Integrasi telah diwujudkan. Seramai 4 orang guru telah menerajui 4 buah kelas.

Pada tahun 2008, kelas Prasekolah telah ditawarkan untuk murid-murid yang berumur 6 tahun. 2 kelas telah dibuka, dalam 1 kelas mempunyai 25 orang beserta seorang guru dan seorang pembantu.


WAWASAN

Berhasrat untuk mendidik dan melahirkan warga SK Meru (2) menjadi insan yang berilmu, berdisiplin, berjasa serta mengamalkan akhlak terpuji sepanjang hayat.

VISI

Sekolah Kebangsaan Meru 2, Sepuluh Terbaik Dalam Daerah Menjelang 2012.

MISI

Semua warga sekolah perlu berusaha ke arah:

- Memastikan kecemerlangan akademik

- Melahirkan pelajar berakhlak mulia

- Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh dari segi kurikulum dan kokurikulum

- Memastikan keadaan sekolah bersih, ceria dan selamat

- Mengeratkan hubungan warga sekolah dengan masyarakat

- Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif

- Mengamalkan budaya kerja ICCT (Ikhlas, Cepat, Cekap, Teliti)

Wednesday, March 31, 2010

Pameran Pencegahan Dadah





Pada 30 dan 31 Mac 2010 telah berlangsungnya Pameran Pencegahan Dadah dan Rokok anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Pegawai dari Agensi AntiDadah Daerah Klang telah dijemput untuk menerangkan mengenai maklumat tentang penyalahgunaan dan bahayanya dadah. Setiap kelas telah ditetapkan jadual waktu melawat dan diiringi guru matapelajaran pada waktu tersebut. Murid-murid telah mendapat banyak pengetahuan daripada pameran tersebut dan melalui pertanyaan kepada pegawai agensi yang hadir. Diharapkan melalui pameran tersebut setiap murid dapat menjadikannya sebagai tauladan dalam kehidupan mereka yang bakal penuh dengan cabaran dan dugaan.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sila pastikan komen anda tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Terima kasih di atas komen yang diberikan.