Sekolah Kebangsaan Meru 2

Sekolah Kebangsaan Meru 2 telah siap dibina pada awal tahun 2003 namun hanya memulakan sesi persekolahan pada tahun 2004. Kedudukannya adalah kira-kira 10 minit perjalanan daripada Pekan Meru.

Sejarah tertubuhnya SK Meru 2 ini disebabkan oleh kepadatan penduduk Meru sehingga sekolah yang sedia ada (SK Sg. Binjai) tidak dapar menampung murid yang terlalu ramai. Keluasan kawasan sekolah ini merangkumi 2.3 hektar dan dikelilingi ladang kelapa sawit serta perkampungan Melayu.

Pada awal pembukaan sekolah ini, bilangan murid adalah seramai 525 orang murid yang kesemuanya terdiri daripada pelajar Melayu. Seramai 30 tenaga pengajar berkhidmat di sekolah ini di bawah pentadbiran Guru Besar, Tn. Hj. Shamsuddin bin Mohd Noor.

Pertengahan 2005, kelas Pendidikan Pemulihan Khas Integrasi telah diwujudkan. Seramai 4 orang guru telah menerajui 4 buah kelas.

Pada tahun 2008, kelas Prasekolah telah ditawarkan untuk murid-murid yang berumur 6 tahun. 2 kelas telah dibuka, dalam 1 kelas mempunyai 25 orang beserta seorang guru dan seorang pembantu.


WAWASAN

Berhasrat untuk mendidik dan melahirkan warga SK Meru (2) menjadi insan yang berilmu, berdisiplin, berjasa serta mengamalkan akhlak terpuji sepanjang hayat.

VISI

Sekolah Kebangsaan Meru 2, Sepuluh Terbaik Dalam Daerah Menjelang 2012.

MISI

Semua warga sekolah perlu berusaha ke arah:

- Memastikan kecemerlangan akademik

- Melahirkan pelajar berakhlak mulia

- Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh dari segi kurikulum dan kokurikulum

- Memastikan keadaan sekolah bersih, ceria dan selamat

- Mengeratkan hubungan warga sekolah dengan masyarakat

- Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif

- Mengamalkan budaya kerja ICCT (Ikhlas, Cepat, Cekap, Teliti)

Monday, February 28, 2011

Program Maths Rangers Tahun 6



Program Math Rangers adalah bertujuan untuk membantu murid-murid tahun 6 yang lemah dalam matapelajaran Matematik. Seramai 40 orang murid dipilih sebagai mentor untuk 3 orang murid yang lemah. Program tersebut diadakan pada hari Selasa hingga Khamis pada jam 7.00 hingga 7.30 pagi berdasarkan modul yang telah disediakan oleh Panitia Matematik. Penilaian akan dilakukan sentiasa pada waktu matapelajaran dan penilaian rasminya adalah berdasarkan keputusan peperiksaan yang diadakan. Diharapkan program ini berjaya dan menghasilkan keputusan UPSR yang lebih cemerlang.




Thursday, February 10, 2011

Majlis Serah Ilmu Tahun 6




Pada 10 Februari 2011 telah berlangsungnya Majlis Serah Ilmu Tahun 6 bagi tahun 2011.Majlis ini adalah simbolik kepada pengorbanan guru-guru tahun 6 yang mengajar dan memberi ilmu kepada murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada bulan September nanti. Pada majlis itu juga, semua murid tahun 6 telah disuapkan dengan pulut kuning oleh guru kelas masing-masing dan dibekalkan sekotak kismis minda setiap orang. Diharapkan UPSR pada tahun ini akan memberi keputusan yang lebih membanggakan kepada SK Meru 2.

Tuesday, February 8, 2011

Kursus Kepimpinan Pengawas dan Pengawas PSS





Pada 7 dan 8 Februari 2011 telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan Pengawas & Pengawas Pusat Sumber Sekolah di bawah anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin dan Pusat Sumber Sekolah. Rasional kursus tersebut diadakan pada hari persekolahan ialah supaya pengawas sekolah dapat melihat dengan jelas perlakuan murid-murid sewaktu berada di sekolah, contohnya pada waktu rehat dan waktu balik. Fasililator program ini terdiri daripada guru-guru SK Meru 2. Diharapkan semua Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS memperolehi banyak manfaat daripada ceramah dan latihan dalam kumpulan yang telah diadakan.