Sekolah Kebangsaan Meru 2

Sekolah Kebangsaan Meru 2 telah siap dibina pada awal tahun 2003 namun hanya memulakan sesi persekolahan pada tahun 2004. Kedudukannya adalah kira-kira 10 minit perjalanan daripada Pekan Meru.

Sejarah tertubuhnya SK Meru 2 ini disebabkan oleh kepadatan penduduk Meru sehingga sekolah yang sedia ada (SK Sg. Binjai) tidak dapar menampung murid yang terlalu ramai. Keluasan kawasan sekolah ini merangkumi 2.3 hektar dan dikelilingi ladang kelapa sawit serta perkampungan Melayu.

Pada awal pembukaan sekolah ini, bilangan murid adalah seramai 525 orang murid yang kesemuanya terdiri daripada pelajar Melayu. Seramai 30 tenaga pengajar berkhidmat di sekolah ini di bawah pentadbiran Guru Besar, Tn. Hj. Shamsuddin bin Mohd Noor.

Pertengahan 2005, kelas Pendidikan Pemulihan Khas Integrasi telah diwujudkan. Seramai 4 orang guru telah menerajui 4 buah kelas.

Pada tahun 2008, kelas Prasekolah telah ditawarkan untuk murid-murid yang berumur 6 tahun. 2 kelas telah dibuka, dalam 1 kelas mempunyai 25 orang beserta seorang guru dan seorang pembantu.


WAWASAN

Berhasrat untuk mendidik dan melahirkan warga SK Meru (2) menjadi insan yang berilmu, berdisiplin, berjasa serta mengamalkan akhlak terpuji sepanjang hayat.

VISI

Sekolah Kebangsaan Meru 2, Sepuluh Terbaik Dalam Daerah Menjelang 2012.

MISI

Semua warga sekolah perlu berusaha ke arah:

- Memastikan kecemerlangan akademik

- Melahirkan pelajar berakhlak mulia

- Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh dari segi kurikulum dan kokurikulum

- Memastikan keadaan sekolah bersih, ceria dan selamat

- Mengeratkan hubungan warga sekolah dengan masyarakat

- Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif

- Mengamalkan budaya kerja ICCT (Ikhlas, Cepat, Cekap, Teliti)

Monday, January 31, 2011

Penyerahan Anak Angkat LINUS

Pada 30 Januari 2011 bermula jam 7.30 hingga 8.45 pagi telah berlangsungnya upacara ringkas simbolik penyerahan anak angkat LINUS kepada 'ibu bapa' angkat masing-masing yang terdiri daripada guru-guru SK Meru 2 yang terpilih. Ia juga telah dihadiri oleh ibu bapa murid-murid tersebut dan salah satu tujuannya majlis ini adalah supaya 'ibu bapa' angkat dapat mengenali ibu bapa sebenar murid LINUS tersebut. Diharapkan Sifar LINUS 2011 dapat direalisasikan.

Tuesday, January 4, 2011

Program Suaikenal & Transisi Tahun 1

Program Suaikenal & Transisi Tahun 1 akan diadakan selama sebulan pada bulan Januari. Ia adalah bertujuan untuk mendekatkan lagi murid-murid Tahun 1 dengan persekitaran sekolah. Pelbagai aktviti telah dirancangkan oleh guru-guru Tahun 1, termasuklah aktiviti senamrobik yang dijangka dapat mempengaruhi keseronokan murid untuk hadir ke sekolah. Diharapkan murid-murid Tahun 1 pada tahun ini lebih menunjukkan kesungguhan dalam pembelajaran dan minat yang mendalam untuk hadir ke sekolah setiap hari.

Monday, January 3, 2011

Program Maju Diri







Pada 3 hingga 5 Januari 2011 telah berlangsungnya Program Maju Diri 2011 bagi semua murid Tahun 4, 5 dan 6. Matlamat program ini adalah untuk :
  • Melahirkan murid yang berwatak mulia, berketrampilan positif dan pandai bersosial
  • Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan murid-murid
  • Mewujudkan insan yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani, intelek dan sosial.
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid dan guru.
Diharapkan semua murid Tahap 2 memperolehi manfaat dan faedah daripada Program Maju Diri yang telah diadakan khusus oleh Unit Bimbingan & Kaunseling ini.