



Sekolah Kebangsaan Meru 2 telah siap dibina pada awal tahun 2003 namun hanya memulakan sesi persekolahan pada tahun 2004. Kedudukannya adalah kira-kira 10 minit perjalanan daripada Pekan Meru.
Sejarah tertubuhnya SK Meru 2 ini disebabkan oleh kepadatan penduduk Meru sehingga sekolah yang sedia ada (SK Sg. Binjai) tidak dapar menampung murid yang terlalu ramai. Keluasan kawasan sekolah ini merangkumi 2.3 hektar dan dikelilingi ladang kelapa sawit serta perkampungan Melayu.
Pada awal pembukaan sekolah ini, bilangan murid adalah seramai 525 orang murid yang kesemuanya terdiri daripada pelajar Melayu. Seramai 30 tenaga pengajar berkhidmat di sekolah ini di bawah pentadbiran Guru Besar, Tn. Hj. Shamsuddin bin Mohd Noor.
Pertengahan 2005, kelas Pendidikan Pemulihan Khas Integrasi telah diwujudkan. Seramai 4 orang guru telah menerajui 4 buah kelas.
Pada tahun 2008, kelas Prasekolah telah ditawarkan untuk murid-murid yang berumur 6 tahun. 2 kelas telah dibuka, dalam 1 kelas mempunyai 25 orang beserta seorang guru dan seorang pembantu.
Latihan Dalam Perkhidmatan atau lebih dikenali LADAP di kalangan warga pendidik telah diadakan pada 11 Mac 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat SK Meru 2. Ceramah yang bertajuk 'Tugas dan Tanggungjawab Guru' telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Ghazali bin Hamzah iaitu Pegawai daripada Jabatan Pelajaran Selangor. Sesi ini telah berlangsung selama 2 jam bermula 2.30 petang dan tamat pada jam 4.30 petang. Sepanjang sesi ceramah tersebut, telah banyak perkongsian ilmu telah disampaikan oleh beliau ke arah mewujudkan golongan pendidik yang faham dan jelas mengenai tugas-tugas yang perlu disempurnakan oleh mereka untuk memenuhi tuntutan dunia dan akhirat nanti.