Program Motivasi Insan Gemilang
(PMIG) yang juga dikenali sebagai Program Maju Diri (PMD) ini merupakan program
tahunan yang perlu dijalankan pada setiap awal tahun yang dikhususkan pada
semua murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) di negeri Selangor. Program ini
dirancang khusus untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama antara murid serta
meningkatkan pengetahuan kemahiran belajar dan pengurusan diri di kalangan
murid-murid Tahap Dua.
Ia adalah salah satu
cara untuk memberikan pendedahan dan pengukuhan kepada murid untuk meningkatkan
sahsiah diri dan seterusnya menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Program Motivasi Insan Gemilang
(PMIG)
ini dijalankan pada awal tahun sebagai persediaan minda murid terhadap
menyiapkan diri menghadapi situasi pengajaran dan pembelajaran serta cabaran
yang bakal dihadapi. Diharapkan PMIG dapat memantapkan diri murid terutamanya
yang bakal menghadapi UPSR nanti.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sila pastikan komen anda tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Terima kasih di atas komen yang diberikan.