Tuesday, January 28, 2014

Pelancaran Amalan Guru Penyayang dan Program Mentor Mentee








Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,  dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan  disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. 

Tuesday, January 7, 2014

Program Motivasi Insan Gemilang






Program Motivasi Insan Gemilang (PMIG) yang juga dikenali sebagai Program Maju Diri (PMD) ini merupakan program tahunan yang perlu dijalankan pada setiap awal tahun yang dikhususkan pada semua murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) di negeri Selangor. Program ini dirancang khusus untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama antara murid serta meningkatkan pengetahuan kemahiran belajar dan pengurusan diri di kalangan murid-murid Tahap Dua.


Ia adalah salah satu cara untuk memberikan pendedahan dan pengukuhan kepada murid untuk meningkatkan sahsiah diri dan seterusnya menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Program Motivasi Insan Gemilang (PMIG) ini dijalankan pada awal tahun sebagai persediaan minda murid terhadap menyiapkan diri menghadapi situasi pengajaran dan pembelajaran serta cabaran yang bakal dihadapi. Diharapkan PMIG dapat memantapkan diri murid terutamanya yang bakal menghadapi UPSR nanti.