Seramai 68 orang pengawas dari tahun 3, 4, 5 dan 6 telah menyertai Kursus Kepimpinan Pengawas SK Meru 2 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin. Kursus tersebut telah berjalan selama satu hari pada 23 Januari 2010 dan bertempat di SK Meru 2. Slot dimulakan dengan sesi ice-breaking oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dan diikuti dengan beberapa slot ceramah dan LDK (Latihan Dalam Kumpulan), di mana fasilitatornya adalah dari kalangan warga pendidik SK Meru 2 juga. Diharapkan melalui kursus tersebut, setiap pengawas dapat membantu dan memenuhi kehendak sekolah dalam pencapaian sifar masalah disiplin.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sila pastikan komen anda tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Terima kasih di atas komen yang diberikan.