Friday, January 29, 2010

Larian Merentas Desa



Pada 29 Januari yang lalu telah berlangsung acara Larian Merentas Desa bagi murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6. Setiap murid telah menunjukkan kesungguhan untuk menamatkan larian dan mereka berjaya membuktikannya. Seramai 60 pemenang telah dikira mengikut kategori masing-masing. Secara keseluruhannya, aktiviti ini telah berjalan secara lancar tanpa sebarang kecederaan.

Pemenang mengikut Kategori Rumah Sukan:

Juara : Rumah Biru
Naib Juara :
Tempat Ketiga : Rumah Oren
Tempat Keempat :
Tempat Kelima :

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA!!! MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!

Tuesday, January 26, 2010

Latihan Merentas Desa

Murid-murid tekun mendengar taklimat

Senaman ringan sebelum latihan larian

Pelepasan larian

Sunday, January 24, 2010

Kursus Kepimpinan Pengawas


Akujanji Pengawas

Pengawas Percubaan Tahun 3

Pengawas Tahun 4

Pengawas Tahun 5

Pengawas Tahun 6

Seramai 68 orang pengawas dari tahun 3, 4, 5 dan 6 telah menyertai Kursus Kepimpinan Pengawas SK Meru 2 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin. Kursus tersebut telah berjalan selama satu hari pada 23 Januari 2010 dan bertempat di SK Meru 2. Slot dimulakan dengan sesi ice-breaking oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dan diikuti dengan beberapa slot ceramah dan LDK (Latihan Dalam Kumpulan), di mana fasilitatornya adalah dari kalangan warga pendidik SK Meru 2 juga. Diharapkan melalui kursus tersebut, setiap pengawas dapat membantu dan memenuhi kehendak sekolah dalam pencapaian sifar masalah disiplin.

Monday, January 4, 2010

Program Maju Diri 2010

Tarikh : 4 hingga 8 Januari 2010
Tempat : SK Meru 2