Saturday, March 31, 2012

Minggu Anti Dadah 2012

Nyanyian Koir Anti Dadah oleh Doktor Muda SK Meru 2
Bacaan Ikrar Anti Dadah 
Guru Besar mengesahkan ikrar yang dibaca 
Guru matapelajaran membawa murid ke ruangan pameran
Ceramah Anti Dadah oleh Pegawai AADK Daerah Klang

Penyampaian hadiah kepada para pemenang
Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
Murid-murid diberi peluang melawat Sudut PPDa SK Meru 2
Senamrobik "Gaya Hidup Sihat"
Persembahan lukisan poster terbaik


Pada 26 hingga 30 Mac 2012 telah diadakan Minggu Anti Dadah bersempena dengan sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan pada 16 Februari setiap tahun. Minggu Anti Dadah adalah program tahunan yang wajib diadakan dan dibawah anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan dan Panitia Pendidikan Seni & Visual.

Sepanjang minggu tersebut, beberapa aktiviti telah diadakan iaitu:
1. Cuma 5 Minit Anti Dadah
2. Ceramah & Pameran Anti Dadah oleh AADK Daerah Klang
3. Senamrobik "Gaya Hidup Sihat"
4. Pertandingan Mewarna Tahap 1 & Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
5. Pertandingan Deklamasi Sajak
6. Pertandingan Menghasilkan Buku Skrap
7. Pertandingan Kuiz

Diharapkan semua warga sekolah mendapat manfaat daripada program yang telah diadakan ini ke arah mendidik murid-murid menjauhi rokok dan seterusnya dadah yang menjadi musuh utama negara.



Monday, March 19, 2012

Kursus Kepimpinan

Puan Sahazian berkongsi ilmu mengenai PSS 
Puan Farah Illiana menerangkan mengenai cara mengisi
maklumat ke dalam sistem
Puan Norrazilah menerangkan mengenai cara
 menomborkan buku
Pengawas di dalam kumpulan masing-masing
Puan Zuraini menerangkan mengenai beberapa perkara
sebelum Latihan Dalam Kumpulan diadakan
Latihan Dalam Kumpulan bersama Puan Shamshul Norazura
Pada 19 & 20 Mac telah diadakan Kursus Kepimpinan Pengawas anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin dan Pusat Sumber Sekolah. Pada hari pertama, slot ceramah telah dimulakan oleh Cikgu Yunus b Zakkariya iaitu Guru Kaunseling SMK Meru dan seterusnya oleh Cikgu Mohd Syahrul b Abd Malik dan Cikgu Mohd Yatim b Mohd Noh.

Pada hari kedua pula telah diadakan slot Latihan Dalam Kumpulan di mana setiap peserta telah diagihkan kepada beberapa kumpulan dan mereka adakan diberi beberapa aktiviti untuk dijalankan. Fasilitator slot tersebut adalah guru-guru pengawas dan guru-guru pusat sumber.

Objektif Kursus Kepimpinan adalah :
  • memahami fungsi, peranan dan tanggungjawab sebagai pengawas
  • melaksanakan tugas sebagai pengawas dengan penuh yakin
  • menggarap dan menggilap potensi serta bakat kepimpinan murid
  • membina sahsiah dan ketrampilan diri yang cemerlang seterusnya menjadi contoh kepada semua murid dari aspek pelajaran, tingkah laku, pertuturan dan kekemasan diri
  • mewujudkan semangat setiakawan di kalangan murid

Sunday, March 4, 2012

Mesyuarat PIBG

Ibu bapa dan guru-guru mengaminkan doa yang dibaca oleh Ustaz Hazlan Atan

Ucapan aluan oleh Guru Besar

Penyampaian hadiah kepada murid cemerlang UPSR 2011

Persembahan selingan oleh kumpulan nasyid sekolah

Pembentangan usul

Sesi cabutan nombor bertuah kepada hadirin