Sekolah Kebangsaan Meru 2

Sekolah Kebangsaan Meru 2 telah siap dibina pada awal tahun 2003 namun hanya memulakan sesi persekolahan pada tahun 2004. Kedudukannya adalah kira-kira 10 minit perjalanan daripada Pekan Meru.

Sejarah tertubuhnya SK Meru 2 ini disebabkan oleh kepadatan penduduk Meru sehingga sekolah yang sedia ada (SK Sg. Binjai) tidak dapar menampung murid yang terlalu ramai. Keluasan kawasan sekolah ini merangkumi 2.3 hektar dan dikelilingi ladang kelapa sawit serta perkampungan Melayu.

Pada awal pembukaan sekolah ini, bilangan murid adalah seramai 525 orang murid yang kesemuanya terdiri daripada pelajar Melayu. Seramai 30 tenaga pengajar berkhidmat di sekolah ini di bawah pentadbiran Guru Besar, Tn. Hj. Shamsuddin bin Mohd Noor.

Pertengahan 2005, kelas Pendidikan Pemulihan Khas Integrasi telah diwujudkan. Seramai 4 orang guru telah menerajui 4 buah kelas.

Pada tahun 2008, kelas Prasekolah telah ditawarkan untuk murid-murid yang berumur 6 tahun. 2 kelas telah dibuka, dalam 1 kelas mempunyai 25 orang beserta seorang guru dan seorang pembantu.


WAWASAN

Berhasrat untuk mendidik dan melahirkan warga SK Meru (2) menjadi insan yang berilmu, berdisiplin, berjasa serta mengamalkan akhlak terpuji sepanjang hayat.

VISI

Sekolah Kebangsaan Meru 2, Sepuluh Terbaik Dalam Daerah Menjelang 2012.

MISI

Semua warga sekolah perlu berusaha ke arah:

- Memastikan kecemerlangan akademik

- Melahirkan pelajar berakhlak mulia

- Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh dari segi kurikulum dan kokurikulum

- Memastikan keadaan sekolah bersih, ceria dan selamat

- Mengeratkan hubungan warga sekolah dengan masyarakat

- Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif

- Mengamalkan budaya kerja ICCT (Ikhlas, Cepat, Cekap, Teliti)

Monday, February 1, 2010

Kata Aluan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdullilah, dan terima kasih diucapkan kerana diberi kesempatan untuk mencoretkan bait bicara buat tatapan warga SK Meru 2.

Walaupun saya diumpamakan baru ‘setahun jagung’ sebagai Guru Besar di sekolah ini namun pada hakikatnya jiwa saya sudah sebati dengan  SKM2.  Maka pengurusan yang terbaik akan cuba saya usahakan InsyaAllah.

Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita mewujudkan laman web sekolah sendiri yang telah lama kita rancang. Semoga keredhaan Allah dalam pelaksanaan aktiviti ini akan membuahkan hasil yang sangat baik untuk anak didik SK Meru 2 ini.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada AJK Pelaksana laman blog sekolah yang bertungkus lumus bagi menjayakan projek ini. Usaha-usaha bagi pelaksanan sesuatu projek memerlukan pengorbanan daripada semua pihak dan ternyata pengorbanan ini membuahkan hasil yang memberangsangkan terutama terhadap pembangunan akademik, ko-kurikulum seterusnya disiplin pelajar.

Sebenarnya kecemerlangan sesebuah sekolah amat bergantung kepada komitmen dan pengorbanan yang diberikan oleh setiap warga sekolah. Lantaran itu marilah sama-sama kita berganding bahu merealisasikan pendidikan yang berhemah dan berkualiti.

Tidak dapat dinafikan generasi kini terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti cabaran masa depan, cabaran globalisasi dan cabaran leberalisasi. Berlandaskan ruang lingkup inilah pengurusan pendidikan dan kepimpinan pendidikan di sekolah ini perlu mengamalkan profesionalisme yang tinggi agar lahirlah bakal pemimpin yang berketrampilan dan berwibawa..  Ini selari dengan Program Pelan Induk Pendidikan yang bermatlamatkan melahirkan Modal Insan Kelas Pertama.

Sekali lagi syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembinaan web ini. Sesungguhnya Tuhan akan memberkati.

Akhir kata, semoga laman web yang dibangunkan  ini memberi impak yang positif kepada semua. 


SELAMAT MAJU JAYA.


EN. HAMIR BIN HAMZAH
Guru Besar
SK Meru 2, Jalan Paip,
41050 Meru Klang,
Selangor Darul Ehsan.