Kami warga pendidik SK Meru mengucapkan selamat menjawab soalan peperiksaan. Semoga mencapai kejayaan untuk mengharumkan nama sekolah dan seterusnya daerah Klang. SK Meru BOLEH!!!
Pada 1 September 2010 telah diadakan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik bagi Tahun 4 dan 5. Setiap kelas akan menyanyikan sebanyak 2 buah lagu patriotik pilihan masing-masing disertai dengan sketsa atau lakonan. Tahniah diucapkan kepada mereka kerana dapat memberi persembahan yang baik walaupun di bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak.