Thursday, April 22, 2010

Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah





Pada 20 hingga 22 April 2010 telah berlangsungnya Program Khidmat Bantu PSS di mana guru-guru yang berkemahiran dari Pusat Kegiatan Guru Kapar datang untuk membantu warga SK Meru 2 untuk meningkatkan lagi keceriaan dan kebolehgunaan PSS sebagai salah sebuah tempat yang berinformasi dan menarik untuk dikunjungi. Program tersebut telah berjalan lancar dan mendapat sepenuh kerjasama daripada semua warga SK Meru 2.

Tuesday, April 6, 2010

English Story Telling Competition





Pada 6 April 2010, SK Meru 2 telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Daerah Klang Zon A1 dan A2. Daerah Zon A1 telah menghantar seramai 9 orang peserta manakala Zon A2 seramai 13 peserta. SK Meru 2 yang berada di dalam kategori A2 telah menghantar seorang peserta Tahun 6 iaitu Nur Aqilah bt Aznal dan adik Aqilah telah berjaya terpilih sebagai 3 calon terbaik untuk mewakili Daerah Klang. Diharapkan SK Meru 2 akan mencapai kejayaan yang diidamkan.

Monday, April 5, 2010

Ceramah Perkembangan Remaja





Pada 4 Mei 2010, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Ceramah Perkembangan Remaja oleh Unit Pembangunan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Program ini adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan maklumat mengenai alam remaja dari segi perkembangan diri, sikap, emosi , perubahan dan cabaran-cabaran yang berlaku pada diri remaja. Sasaran ceramah ini adalah murid tahun 5 dan 6 di mana mereka diasingkan dan setiap penceramah telah menyampaikan informasi yang sangat berguna untuk mereka. Di antara objektif program ini ialah:
  • menerapkan nilai-nilai murni
  • menyampaikan maklumat mengenai proses perkembangan remaja
  • menambahkan pengetahuan dan keprihatinan terhadap perkembangan fizikal, seksual dan mentaliti
  • mengetahu proses-proses perkembangan fizikal, emosi dan kematangan fikiran
  • menerangkan cabaran-cabaran yang berlaku pada alam remaja

    Diharapkan segala maklumat yang telah dikongsikan dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya oleh murid-murid SK Meru 2.