Wednesday, March 31, 2010

Pameran Pencegahan Dadah





Pada 30 dan 31 Mac 2010 telah berlangsungnya Pameran Pencegahan Dadah dan Rokok anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Pegawai dari Agensi AntiDadah Daerah Klang telah dijemput untuk menerangkan mengenai maklumat tentang penyalahgunaan dan bahayanya dadah. Setiap kelas telah ditetapkan jadual waktu melawat dan diiringi guru matapelajaran pada waktu tersebut. Murid-murid telah mendapat banyak pengetahuan daripada pameran tersebut dan melalui pertanyaan kepada pegawai agensi yang hadir. Diharapkan melalui pameran tersebut setiap murid dapat menjadikannya sebagai tauladan dalam kehidupan mereka yang bakal penuh dengan cabaran dan dugaan.

Tuesday, March 30, 2010

Ceramah Pencegahan Dadah dan Rokok

Sesi ceramah yang sedang berlangsung

Murid-murid Tahun 5 dan 6 yang begitu bersemangat mengikuti ceramah

Penyampaian cenderamata kepada penceramah oleh PKHEM, Puan Nita bt Sedek

Pada 30 Mac 2010 telah berlangsungnya sesi ceramah sempena Minggu Pencegahan Dadah dan Rokok dengan temanya 'Perangi Dadah dan Rokok Habis-habisan'. Ceramah selama 2 jam tersebut telah disampaikan oleh Pegawai AntiDadah Daerah Klang iaitu Ustaz Shamsul. Di akhir sesi ceramah telah diadakan sesi soal jawab dan kuiz berkenaan dengan antidadah. Diharapkan melalui program ini, segala objektif dan matlamat sekolah akan tercapai untuk membanteras penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Pelancaran Program Sekolah Selamat dan Minggu Pencegahan Dadah & Rokok

Cikgu Syahrul sedang menerangkan mengenai Program Sekolah Selamat dan Minggu Pencegahan Dadah & Rokok SK Meru 2

Simbolik perasmian Program Sekolah Selamat oleh Guru Besar

Simbolik perasmian Minggu Pencegahan Dadah dan Rokok

Selesai sudah perasmian program oleh Guru Besar

Pembacaan 5 Minit Dadah oleh pengawas bertugas sebagai salah satu daripada program yang diatur sempena Minggu Pencegahan Dadah SK Meru 2

Pada 29 Mac 2010 telah berlangsungnya Pelancaran Program Sekolah dan Minggu Pencegahan Dadah dan Rokok, di mana ianya telah diadakan secara serentak di bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin serta AJK Keselamatan Sekolah. Ia telah diadakan pada waktu perhimpunan mingguan dan telah dihadiri oleh semua murid cemerlang SK Meru 2.


Thursday, March 11, 2010

LADAP 'Tugas dan Tanggungjawab Guru'





Latihan Dalam Perkhidmatan atau lebih dikenali LADAP di kalangan warga pendidik telah diadakan pada 11 Mac 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat SK Meru 2. Ceramah yang bertajuk 'Tugas dan Tanggungjawab Guru' telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Ghazali bin Hamzah iaitu Pegawai daripada Jabatan Pelajaran Selangor. Sesi ini telah berlangsung selama 2 jam bermula 2.30 petang dan tamat pada jam 4.30 petang. Sepanjang sesi ceramah tersebut, telah banyak perkongsian ilmu telah disampaikan oleh beliau ke arah mewujudkan golongan pendidik yang faham dan jelas mengenai tugas-tugas yang perlu disempurnakan oleh mereka untuk memenuhi tuntutan dunia dan akhirat nanti.